Tuesday 6 September 2011

Ayam Masak Padang


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam- potong kecil
2 helai daun limau purut- carik2an
1 batang serai -ketuk2
1 cawan santan- sederhana pekat (santan pekat + air skit)
5 biji ciliapi - belah jgn putus
1 biji tomato - belah 4
1 keping asam keping
3 s/b minyak
Sedikit garam

Bahan-bahan yang dikisar
2-3 biji cili api- kalau nk pedas boh la lebih
2 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih & sedikit pekat.


Monday 5 September 2011

Blueberry Cheese Tart

 

Bahan-bahan ( kuantiti 10 biji )

          Bahan untuk Sweet Pastry:-
    125 gm mentega / margerin 60 gm gula aising 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar 240 gm tepung gandum  Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
           250 gm cream cheese
           50 gm gula aising
           20 gm mentega (lembutkan)
           1/2 sudu besar perahan lemon

           1 biji telur (gred B)

           Blueberry pie filling
           Cara-cara

            Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

 
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
 
Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.