Wednesday, 20 June 2012

AYAM MASAK LADA PADI BERKERISIK


Bahan:-

1            ekor ayam saiz sederhana - dipotong sederhana

            cawan santan pekat

2             cawan santan cair

3              sudu besar kerisek

1              keping asam gelugor

                sedikit serbuk kunyit (jika perlu)

2 – 3         batang serai - diketuk

 2              helai daun kunyit - dibelah/disimpul

                garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk :-

10            tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)

1              inci kunyit hidup

5              ulas bawang merah

3               ulas kecil bawang putih

Cara Memasak:-

Masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit (jika kuah nampak pucat) dan santan cair ke dalam periuk. Didihkan sebentar.

Masukkan ayam dan serai dan diikuti dengan asam gelugor dan daun kunyit, masak hingga ayam masak dan kuah sedikit surut. (*santan cair jgn banyak sangat sebab air ayam akan keluar masa memasak)

Masukkan garam secukup rasa dan santan pekat diikuti dengan kerisek. Kacau dan masak ayam hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa dan tutup api sambil dikacau-kacau sekejap agar kuah tidak berkepala. Sedia untuk dihidang

Thursday, 19 January 2012

PUDING PELANGI

Bahan-bahannya

2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)

1350 ml air paip

450 gm gula pasir

130 gm mentega

8 biji telur bersaiz sederhana

1 tin susu cair Carnation

2 sudu makan tepong custard

2 sudu makan serbuk koko

1 sudu teh vanilla

pewarna merah dan kuning secukupnya


Cara-caranya

1.            Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

2.            Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard    dan  kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

3.            Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak  semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

4.            Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2  mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.

5.            Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun    bulat seperti yang dalam gambar.

6.            Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2  benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat.     Ulangi proses sehingga adunan selesai digunakan.

7.            Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti  sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tuesday, 6 December 2011

Special Crunchy Fried Chicken


Ingredients:

  • 10-12 chicken drumsticks
  • 1/2     cup finely crush cornflake
  • 1        cup plain flour, sifted
  • 1        teaspoon celery salt
  • 1        teaspoon onion salt
  • 2        tablespoon chicken stock powder
  • 1/2     teaspoon garlic powder
  • 1/2     teaspoon ground white pepper
  • Oil for deep frying

Method

  • Place drumsticks in a large pan of boiling water, reduce heat and simmer, uncovered, wait        for few minutes or until the chiken is almost cooked,  drain.
  • Combine cornflake, flour, celery salt, onion salt, stock powder, garlic powder and pepper in a medium bowl
  • Place drumstick in a large bowl.
  • Dip wet drumstick into season flour mixture one at a time, and shake off access.
  • Heat oil in heavy-based pan.
  • Add drumstick and cook few in a lower heat. Cook for few minutes or until chicken is  golden brown and cooked through. . Drain on paper towel.
  • Continue with the remaining pieces

Tuesday, 18 October 2011

Kek Lapis Asam Manis

Bahan-bahan


1 cawan serbuk biskut tawar

4 biji telur

3/4 cawan butter

3/4 cawan gula

1 sk ovallete

1/8 cawan susu pekat


Cara-cara
 
Satukan gula, telur, ovallette dengan susu pekat dan pukul hingga gebu..Dalam mangkuk yang berasingan kacau margerine atau butter guna senduk untuk lembutkan dia sampai berkilat licin BUKAN dcairkan diatas api. Masukkan margerine atau butter kedalam  adunan telur dan pukul lagi, Akhir sekali masukkan serbuk biskut tadi sedikit-sedikit dan kacau sampai sebati.. Bahagikan sama rata kepada 2 bahagian, kukus mcm biasa lapis demi lapis dan susun lah hawflakes tu, kukus sampai habis, berapa minit bergantung pada lapisan yg kita buat tu ya. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


Monday, 10 October 2011

Kek Batik biskut marrie

Bahan-Bahan

 1/2 bar buttercup
 4 biji telur  
 1/2 cawan susu pekat manis
 1/2 cawan nestum
 1/2 cawan milo
 1/2 cawan air
 1/2 cawan gula
 3 sudu cocoa powder
  biskut meri


Cara-Cara

Panaskan  butter dan gula dengan api yg perlahan hingga kedu-dua bahan cair.
Masukkan telur satu persatu.  Kacau tanpa henti sehingga  betul-betul  hancur.
Masukkan air, milo, nestum, susu pekat, gula dan cocoa powder.Kacau lagi hingga sebati.
Biarkan adunan berada diatas api untuk seketika.
Angkat dan masukkan biskut marrie dan gaul.
Tekan adunan didalam bekas atau loyang.
Masukkan sekejap dalam peti ais dan bolehlah dimakan.

Tuesday, 6 September 2011

Ayam Masak Padang


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam- potong kecil
2 helai daun limau purut- carik2an
1 batang serai -ketuk2
1 cawan santan- sederhana pekat (santan pekat + air skit)
5 biji ciliapi - belah jgn putus
1 biji tomato - belah 4
1 keping asam keping
3 s/b minyak
Sedikit garam

Bahan-bahan yang dikisar
2-3 biji cili api- kalau nk pedas boh la lebih
2 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih & sedikit pekat.


Monday, 5 September 2011

Blueberry Cheese Tart

 

Bahan-bahan ( kuantiti 10 biji )

          Bahan untuk Sweet Pastry:-
    125 gm mentega / margerin 60 gm gula aising 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar 240 gm tepung gandum  Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
           250 gm cream cheese
           50 gm gula aising
           20 gm mentega (lembutkan)
           1/2 sudu besar perahan lemon

           1 biji telur (gred B)

           Blueberry pie filling
           Cara-cara

            Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

 
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
 
Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.